Sambutan & Kuratorial

Sebuah eksplorasi lanjut medium dan tema kertas. Renungan bagaimana perjalanan berkesenian Setiawan Sabana, sejak menekuni seni grafis (print making), hingga medium kertas sebagai medium seni yang mandiri (paper art). Pada saat yang sama melalui eksplorasi rupa SS bertemu dengan renungan perjalanan hidup dan kehidupan personal yang dimakna sebagai jejak-jejak hidup sejak dahulu hingga saat ini. Sebuah perenungan ketika usia menginjak 66 tahun pada 10 Mei 2017.

Bandung, April 2017
Setiawan Sabana

Pertemuan awal kami sering menyingkap budaya seni cetak modern. Saya perhatikan beliau mencari kertas dengan seluruh jiwa raga! Penyelidikan beliau membongkar jasad dan roh kertas itu tampa batas dan jauh di luar imaginasi masyarakat amnya. Juga saya melihat beliau begitu mandam akan garis lengkung dan menjurus pada bulatan. Tidak berlebihan, memang itu refleksi peribadi Setiawan Sabana yang kita kenali. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Segala yang tiba itu dari tekad dalaman yang membulati dan padu. Begitu peribadi seorang guru juga seorang seniman.

April 2017
Juhari Said